Pages

Tuesday, 23 July 2013

JOM HIDUP SIHAT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.
Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.
Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.
Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.
Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.
Zaman sekarang tidak hairan kalu kita dengar yang muda mudi kita ni dah ade penyakit berat..contoh kencing manis lah darah tinggi lah jantung lah dan sebagai nye..setakat demam2 tu biasala...
Memang hidup mati ditangan PENCIPTA  tapi  kita sebagai manusia, tetap juga digalakkan mengambil berat aspek kesihatan agar terhindar daripada penyakit dan dapat menikmati kehidupan dalam keadaan sihat dan bertenaga. Sihat ialah anugerah berharga daripada Allah.
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari) 'Hak' itu termasuklah menjaga tubuh badan sendiri agar sihat dan terhindar daripada penyakit. Malangnya 'hak tubuh' itulah yang selalu kita abaikan, sama ada kita sedari atau tidak
Kesihatan ialah nikmat termulia selepas nikmat iman.
Agama Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan(iman)." (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Sudah tentu kerana kesihatan yang baik membolehkan kita membuat amalan, membanyakkan kebaikan dan sekali gus dapat menyumbang kepada saham akhirat.

RAMAI DIANTARA KITA2 NI KALAU UNTUK LAIN SANGGUP UNTUK BERHABIS TETAPI UNTUK KITA SENDIRI MACAM MANA PULA YA?...DENGAN KESIHATAN NI LA KITA MAMPU UNTUK MENCARI SESUATU YNG KITA HAJATI..KALAU SAKIT KERJA PON XLARAT NK BUAT KAN..

RENUNG2KAN..  :D

No comments:

Post a Comment